Pkl 7.30 pagi...19hb April 2011
dunia yang gelap tiba2 jadi cerah...terasa singkat sungguh malam yang tuhan ciptakan untuk manusia berehat menenangkan fikiran setelah berhempas pulas menunaikan kewajipan seorang manusia pada hari sebelumnya...
subuh terkantoi....astaghfirullahalazim..
jiwa kacau...towel trus disambar n bilik air trus dituju disebabkan exam UAK Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang akan start pada pkl 8.30 pagi...
TITAS bukanlah subjek yang diambil berat sangat bagi kebanyakan student disebabkan x wujudnye kepentingan dari segi penyumbangan pointer di akhir sem. Malah lecturer titas sendiri pun malas nak masuk kelas. Kalau dah lecturer sendiri pun malas nak masuk kelas mengajar, apatah lagi kami sebagai student ni...kalau masuk pun setakat sembang psl 2-3 slide pastu rehat, baik kite rehat kaw-kaw kat bilik sambil baring2 di atas katil yang empuk sambil melayan lagu2 orkestra oleh malmsteen...kalau dah alang-alang xnak belajar dan mengajar lebih baik kita tidur disulami mimpi-mimpi indah demi melupakan kehidupan yang amat pelik dan jauh dari segi norma pembelajaran ni...
sedang berjalan ke arah bilik air, aku cuba menjenguk kawan-kawan di bilik mereka. Alangkah tekunnya masing-masing membaca dan menghafal nota-nota titas yang tidak lengkap dengan harapan soalan-soalan spot, atau lebih tepatnya soalan bocor akan masuk menjengah pemikiran mereka yang tidak penuh-penuh diisi dengan cairan tepu keemasan yang dipanggil ilmu pengetahuan.. Betapa ajaibnya otak manusia..ibarat lubang hitam yang menyerap segala macam benda tak kira planet dan asteroid. Namun otak lebih ajaib dari lubang hitam kerana seluruh alam semesta mampu diserap kedalamnya dan dicernakan sesuka hati oleh manusia dengan keizinan yang maha mengetahui....Persamaannya, benda-benda yang telah masuk itu tidak akan dapat keluar dan kebanyakannya sesat dalam keluasan otak dan lubang hitam yang memang teramat luas.
selepas selesai ujian subjek titas, kami dijadualkan untuk bertemu dengan seorang pakar dalam bidang bioteknologi yang telah diakui kepakarannya oleh panel-panel penilaian institut pendidikan guru yang diamanahkan untuk mengajar subjek biologi kepada kami. Namun aku memilih untuk mendiamkan diri di bilik kerana aku sudah tahu apa yang ingin diajarkan. Memang aku pandai membaca pemikiran orang. Sudah tentu hari ini kami akan dijamu dengan car-cara mebuat tempe, tapai, telur masin, menanam pokok jagung. Apa kau ingat ini kelas memasak??apa kau ingat ini kelas perkebunan? Ataupun kau memang ingin menghabiskan silibus yang baru secebis disentuh sepanjang separuh masa pertama bagi tahun 2011 ini? Aku minta maaf andai aku terkasar bahasa. Aku ini hanyalah pipit yang terbang rendah dicelah-celah dahan pokok. Mana mampu mencuit kaki sang helang yang terbang megah di angkasa raya. Andai dicuit, matilah aku dibaham sekawan helang yang ganas-ganas dan sentiasa laparkan daging segar.
biologi tu ok lagi rasenye...sori puan..
sakitnya jiwa. memikirkan apa yang akan terjadi andai aku ditekan sebegini sepanjang 7 semester yang masih berbaki. Ditekan dengan content- content kosong yang dihias agar nampak bermakna namun realitinya ia masih kosong.
Betapa kucalana dan sakitnya hati lebih2 lagi bila memikirkan projek inovasi yang dihasilkan dengan peluh dan airmata sekadar dinilai dan dibalas dengan kritikan yang meruntuhkan semangat belajar. Memang aku bukan layak digelar seorang guru kerana aku hanyalah seorang pelajar yang belajar menjadi seorang guru. Namun apakah nilai yang cuba diterapkan andai seorang guru yang kompeten cuma sekadar mengajar ikut suka. Realitinya memang kebanyakan guru sekolah berpendapat bahawa apa yang diajarkan di maktab tidak pernah dan tidak akan digunakan di sekolah kecuali kemahiran copy and paste dan kemahiran menyusahkan diri sendiri. Oleh sebab itulah, kami diajarkan dengan cara-cara menyusahkan diri dengan bijak. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan? Aku tidak pernah faham karenah manusia seorang ni.
Memang aku pemalas. Memang aku seorang yang bodoh. Kerana aku datang kesini untuk belajar ilmu yang bakal aku gunakan semasa berkhidmat nanti. Tapi apa gunanya aku ke kelas jika kelas itu tidak pernah mengalu-alukan aku.?
Memang pelik..kenapa aku marah yang teramat kerana sebab yang dinyatakan di atas amatlah tidak munasabah kerana itu adalah perkara biasa dalam menimba ilmu pengetahuan. Bukan semua orang sempurna dan mampu memuaskan hati semua orang. Mengapa? Apa yang sudah terjadi?
Nak dipendekkan cerita camnilah.
Kerana desakan masa dan idea yang amat menekan, penghasilan projek inovasi telah disertakan dengan penggunaan ipod..ipod bukanlah barang yang murah..kerana tersilap mentafsir orang, aku dengan yakinnya berpendapat bahawa selepas dinilai dan diberi markah, barang berharga tersebut akan dipulangkan semula secepat mungkin. Apa yang bermain di fikiran aku? Aku sangatlah yakin aku akan diberi pengecualian. Malangnya aku x selalunya betul...menatang tersebut terpaksa dilepaskan. Kerana tugasan yang diberikan ats kumpulan aku terpaksa berkorban. Jika aku dengan penuh sikap pentingkan diri sendiri menarik balik tugasan yang telah dihantar, 2 orang lagi akan merima telur ayam gred rendah sebagai markah penilaian. Aku tidak sanggup melibatkan kawan-kawan dalam hal ini.Maka aku dengan berat hati terpaksa melepaskan barang kesayangan itu. Atas nama pendidikan negara kononnya.
Mungkin ini kali terakhir ipod tersebut dapat ku tatap.
Maafkan aku andai aku tersilap. Aku hanya meluahkan apa yang terbuku. kerana aku adalah aku...xkan jadi kau...xkan jadi dia..dan sebab itu..aku malas ke kelas..!!!!!!!
18.4.11
10.4.11
KUCALANA ANGKARA ROBERT M. GAGNE
Hari ni kami ke kelas dengan penuh semangat. Lain macam sungguh semangatnye sebab banyak aisehmen dah dihantar on time. Klas 1st dimulakan dengan Bahasa Inggeris. Macam biasa la sbg ajk english yg bertanggungjawab, wa kena la ambik lcd kat unit audio visual utk memudahkan lecturer myampaikan kuliah. Maka klas pn blangsung la mcm biasa. Kami dijamu dengan topik narrative essay yang dah diulang bape kali ntah sejak foundation. Tp xpe sebab da memang ade dalam silibus. layankan ajela.........
ni aku translate sendiri ni...kalo salah tu jangan la gelak...betulkan la ye...
lepas klas english pegi makan....nyam2..arini kafe ade serve nasik minyak....
pastu kelas biologi.. blaja..blaja..blaja...sambil makan jambu, buah markisa, walnut n bendi yg dibawa oleh lecturer bio...( what???mkn bendi????)
pukul 1 tengahari...nak balik dah ni...kemas2 barang..suddenly..
K.U kami yg ceria orangnye...
K.U: Assalamualaikum, pasni sume tggu eh..lecturer pedagogos nak jumpe sume org....
bebudak klas: aduhhh...nak ape lg???
K.U: ntah.....
sume tertanye2 nape la lecturer pedagogos nak jumpe sume org...die nak benti keje dah ke?? ataupun die nak amik cuti bersalin? xpon nak ganti klas?wallahualam...so kami tggu jela kedatangan die....
Masuk je lecturer kesayangan kami ni dalam klas die pn start sembang psl projek inovasi kami yg xde kene mgena dgn die....sbb klas kitorg under lec laen...so mcm pelik gak r...lepas bebrapa ketika, prasaan nak blk tido tu dah semakin kuat, suddenly lg skali..
"Pasni sy bg balik esaimen yg kamu buat n sy nak kamu buat skali lagi!!". kata lecturer..
wadehek??
siyesly mmg kitorg xtau camne nak wat, ape yg die nak, tp rasenye kebanyakan org dapat wat dengan tepat dan menjawab kehendak soalan yg diberikan dalam hand out yg beliau bagi. Dalam soalan tu dengan jelas menyebut " Rancangkan 2 hands on activity yg berkaitan dengan prinsip pembelajaran masteri oleh Gagne dan sediakan laporan bertulis sebanyak 800 patah perkataan. Sikit je kan???hehe..sikit tapi pening wooo...kami ni bukan la org berotak falsafah...
Tp rupenye pas die brief blk ttg ape yg die nak, rupenye esaimen tu agak senang laaaaa.....senang sangat sampai kami jd x paham ( klu korang boleh memahami bahasa seorang individu pakar kimia yg mengajar subjek pendidikan sains kanak- kanak dengan tepat dan menjelaskannya semula kepada kami, kami sekelas berpakat utk bg duet skeleng 2 riyal wat basuh baju kpd korang)
meh la kite tgk sedikit sebanyak ttg Robert M. Gagne ni n pandangannya tentang pembelajaran manusia...
Robert M. Gagne (21 Ogos 1916 – 28 April 2002)
Robert Gagne dilahirkan pada tahun 1916 di North Andover, Massachuset. Beliau menerima Artium Baccalaureus (A.B) dari Universiti Yale pada tahun 1937 dan kemudian menerima Ph.D dalam bidang Psikologi pada tahun 1940 dari Universiti Brown. Beliau kemudian mengajar di Connecticut College for Women dari tahun 1940-1949 dan kemudian di Universiti Penn State dari tahun 1945-1946. Pada tahun 1949 hingga 1958, beliau telah menjadi pengarah di makmal ‘perceptual and motor skills’ milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Semasa beliau berkhidmat di sini, beliau mula membangunkan ideanya yang mengetengahkan teori pembelajaran yang dikenali sebagai “ Condition of Learning”.
Apakah pembelajaran dari sudut pandangan Gagne?
1. Pembelajaran adalah kumulatif. Perkembangan intelektual individu adalah pembinaan kepada struktur kompleks kemampuan manusia.
2. Pembelajaran adalah mekanisma untuk seseorang menjadi ahli masyarakat yang berfungsi secara kompeten.
3. Pembelajaran menghasilkan perangai dan sikap manusia yang berbeza.
Taksonomi dari Kemampuan Belajar Manusia
Gagne mengenalpasti 5 kategori utama dalam pembelajaran: Verbal information (maklumat berbahasa), intellectual skills (kemahiran intelek), cognitive strategies (strategi kognitif), motor skills (kemahiran motor) dan attitudes (sikap).
Jenis Kemampuan Manusia | Syarat | Prinsip |
Verbal Information (maklumat berbahasa) | Menggunakan semula maklumat yang telah disimpan. Murid harus mempunyai pengetahuan sedia ada dan strategi untuk memproses maklumat baru. |
|
Intellectual Skills (kemahiran intelektual) | Melibatkan kemampuan seseorang untuk berinteraksi dalam lingkungannya melalui penggunaan lambang. Kemahiran tersebut meliputi: · Diskriminasi · Konsep konkrit · Defined Concept · Rule · Higher-order rule |
|
Cognitive Strategies (strategi kognitif) | Proses dalaman dimana murid merancang, mengawal dan memerhati caranya berfikir |
|
Attitude (sikap) | Situasi dalaman,kecenderungan yang memberi kesan kepada tindakan pilihan individu. |
|
Motor Skills (kemahiran motor) | Kebolehan untuk melakukan siri pergerakan fizikal yang melibatkan 3 peringkat: · Belajar sequen pergerakan · Latih pergerakan · Betulkan pergerakan dengan maklumbalas daripada orang sekeliling. |
|
setakat ni jela kot utk arini...
till then, cau
Sejarah IPGM Kampus Dato' Razali Ismail
Salam..
(Entry ini ditulis bagi mengingati sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail)
Banyak sesangat keje minggu ni...abes satu keje dtg lapan keje sekaligus...baru je siap pembelajaran sains kanak-kanak, kene wat falsafah pendidikan plop....tp sebagai seorang manusia beragama islam, x baek la klu kite nak merungut2 kan? Hehehe..poyo x??
Nak dijadikan cite, tengah2 surf n search mencari pasal tokoh pendidikan di Negara Malaysia kita yg tercinta ini, sy terjumpe link psl sejarah maktab batu rakit nih...bace punye bace...hmmm...mcm menarik gak kan klu copy paste masuk dlm blog ni... maka kepada kwn2 semaktabku, meh la bace2 mende nih...tambah pengetahuan am...
pemandangan dari traffic light..
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail adalah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dikhususkan untuk melatih guru-guru seluruh Malaysia. Nama Institusi ini telah ditukar berikutan keputusan Kementerian Pelajaran meluluskan permohonan institusi ini yang mahu mengabadikan nama mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Dato' Razali Ismail yang meninggal dunia pada 28 November lalu sebagai mengenang jasanya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
IPG Kampus Dato' Razali Ismail lahir setelah proses menaik taraf daripada maktab kepada institut dilaksanakan pada bulan April 2006 setelah dipersetujui oleh Kabinet Malaysia.
IPG Kampus Dato' Razali Ismail didirikan di atas kawasan seluas 64.192 ekar. Terletak kira-kira 25 kilometer ke utara bandar Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu. Bertempat di kawasan Wakaf Tengah, mukim Batu Rakit dahulunya merupakan kawasan paya yang diselang-seli dengan tanah rendah yang ditumbuhi oleh anak-anak kayu.
Kawasan ini dipersetujui dan diterima untuk dijadikan tapak institusi ini oleh pihak-pihak yang berkenaan yang ketika itu Terengganu adalah di bawah pentadbiran Menteri Besar Allahyarham Datuk Ibrahim Fikri. Pampasan dibayar kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah.
Institut ini mula dibina pada tahun 1977 dan siap pada bulan Oktober 1980 di bawah rancangan pinjaman Bank Dunia dengan perbelanjaan keseluruhannya pada peringkat awal berjumlah $9.223 juta. Institut ini menduduki tempat kedua puluh enam dalam senarai Institut Pendidikan Guru di negara ini.
Institusi ini adalah IPG berasrama penuh yang dilengkapkan dengan kemudahan asas yang moden. Sistem pentadbiran institut ini bermula pada bulan Oktober 1980. Manakala pengambilan guru pelatih kumpulan pertama bagi sesi 1981/1983 bermula pada 4hb Mei 1981.
Mereka menjalankan kursus selama tiga tahun. Guru pelatih ini menjadi perintis berjumlah 189 orang yang menjalankan kursus perguruan asas tiga tahun. Mereka ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan yang dapat menampung seramai 720 orang guru pelatih.
Lima orang pensyarah perintis memulakan khidmat mereka sejak awal bulan Januari 1981 dan di tempatkan buat sementara waktu di Institut Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu hingga akhir Februari 1981 sebelum berpindah ke IPKT Batu Rakit.
Urusan pentadbiran institut yang bermula pada Oktober, 1981 telah diuruskan oleh pegawai dan kakitangan MPPPKT. Pada bulan April 1982 dijalankan sepenuhnya oleh kakitangan IPKT yang berjumlah seramai 127 orang.
hmmm....mungkin ada dalam kalangan kite2 ni yang fikir maktab kite ni cikai, x best, paling teruk dalam dunia, n sebagainya...tp bagi ak, maktab ni adalah rumah bagi ak...tempat yg paling selesa, yg paling best...sbb kat sini ak ade bilik n katil sendiri...hehe..
wallahualam..
till then, cau..
Dengki itu sungguh bahaya..bahaya sungguh dengki itu...
Bismillahirrahmanirrahim....
Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.
Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:
“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”
Dan dari kejahatan pendengki apabila ia mendengki... al-falaq (5)
Hasad dengki ialah perasaan cemburu insan terhadap sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT terhadap insan yang lain. Mereka yang mendengki selalunya akan mengharapkan supaya nikmat yang diberikan kepada orang yang didengki musnah. Maka, selalunya mereka akan melakukan pelbagai cara supaya orang yang mendapat nikmat itu kehilangan nikmat tersebut atau lebih teruk lagi kehilangan segala-galanya.
Lepas baca statement kat ats ni..meh la kite muhasabah diri adakah kite tgolong dalam golongan orang yang pendengki ni? Adakah kite merasa x senang bila lihat kebahagiaan atau kesenangan orang laen??Jika ya maka renungkanlah hadis ni..
"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)
okeh..skrg masa utk demo..
1. ambil kayu kering berukuran 2cm lebar 20cm panjang..
2. amik api
3. kite bakor...!!!!
Buat pemerhatian. Kemudian catatkan hasil pemerhatian berdasarkan soalan2 berikut.
1. Apakah warna kayu selepas ianya terbakar hangus?
2. Adakah kayu tersebut rapuh?
3. Adakah anda nak jadi mcm kayu api tersebut?
4. Adakah arang baik utk kesihatan?
Okeh...sekarang kite sume dah tau yang kayu api tersebut akan hangus terbakar menjadi arang.. Persoalannya, adakah kita nak amalan kita terbakar dan hancur seperti kayu api yg terbakar sebentar tadi? Mesti la xnak kan??kan??kan??hmmm....
Banayk sebenarnya yg boleh kite sembangkan psl topik hasad dengki ni...kdg2 sampaikan kite sendiri pn jadi takut bile dapat bende2 yg best2 takut2 ade org dengki lak dgn kitekan??ish3x...
take note ye manusia2 sekelian....!!!!
Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:
“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”
so...baca dan renungkanlah..adakah kite tergolong dalam golongan yg dimaksudkan di atas??? mintak2 la x ye...
wallahualam..
till then..babai..
Subscribe to:
Posts (Atom)