Dan dari kejahatan pendengki apabila ia mendengki... al-falaq (5)
Hasad dengki ialah perasaan cemburu insan terhadap sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT terhadap insan yang lain. Mereka yang mendengki selalunya akan mengharapkan supaya nikmat yang diberikan kepada orang yang didengki musnah. Maka, selalunya mereka akan melakukan pelbagai cara supaya orang yang mendapat nikmat itu kehilangan nikmat tersebut atau lebih teruk lagi kehilangan segala-galanya.
Lepas baca statement kat ats ni..meh la kite muhasabah diri adakah kite tgolong dalam golongan orang yang pendengki ni? Adakah kite merasa x senang bila lihat kebahagiaan atau kesenangan orang laen??Jika ya maka renungkanlah hadis ni..
"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)
okeh..skrg masa utk demo..
1. ambil kayu kering berukuran 2cm lebar 20cm panjang..
2. amik api
3. kite bakor...!!!!
Buat pemerhatian. Kemudian catatkan hasil pemerhatian berdasarkan soalan2 berikut.
1. Apakah warna kayu selepas ianya terbakar hangus?
2. Adakah kayu tersebut rapuh?
3. Adakah anda nak jadi mcm kayu api tersebut?
4. Adakah arang baik utk kesihatan?
Okeh...sekarang kite sume dah tau yang kayu api tersebut akan hangus terbakar menjadi arang.. Persoalannya, adakah kita nak amalan kita terbakar dan hancur seperti kayu api yg terbakar sebentar tadi? Mesti la xnak kan??kan??kan??hmmm....
Banayk sebenarnya yg boleh kite sembangkan psl topik hasad dengki ni...kdg2 sampaikan kite sendiri pn jadi takut bile dapat bende2 yg best2 takut2 ade org dengki lak dgn kitekan??ish3x...
take note ye manusia2 sekelian....!!!!
Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:
“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”
so...baca dan renungkanlah..adakah kite tergolong dalam golongan yg dimaksudkan di atas??? mintak2 la x ye...
wallahualam..
till then..babai..
No comments:
Post a Comment