Perasaan manusia susah untuk dijelaskan dengan kata-kata. Kadang- kadang kite suka. Kadang-kadang kite sedih. Kadang-kadang kite marah. Bila kita suka dan gembira, terasa segala benda yang sukar boleh kita selesaikan. Bila kita sedih dan marah, nak pergi berak pun bagaikan berenang di lautan api. Mungkin xde la sampai postpone berak esok tapi nak menggambarkan betapa xde moodnye nak buat ape2 pn kalau sedih dan marah.
Aku marah sangat2 bila fikir ape yang orang pernah buat pada aku. Tapi itu sume lumrah kehidupan la kan. Biase la kalau kene pukul ke, kene kencing dgn member, kutuk mengutuk, memerli sesama insan, menganjing dan sebagainya. Kalau kita xpernah berhadapan dengan situasi tersebut, maka hidup ini bolehlah dikategorikan sebagai hidup yang tawar tidak berperisa. Yang mana kita pilih? Itu terpulang. Yang penting pilihan itu yang akan menyuluh jalan ke arah kehidupan yang lebih sihat.
Aku nak korang bayangkan camni..
Bayangkan yang kita ada habit suka mengutuk insan lain. Kite kutuk kasi kaw2 punye sebab best kot kutuk orang ni. Orang tu pakai kete kancil kite kutuk.. Orang tu main ragbi xhebat mane kite kutuk. Orang tu pakai serban kite kutuk. Sembang lebat punye lebat sampaikan orang yang kene kutuk joined the conversation pun kite xpasan. Begitulah hebatnya penangan keseronokan mengutuk orang. Tapi kutukan kita yang x berpada-pada tu satu hari mengundang padah. Kite kantoi terkutuk orang yang kaw2 punye samseng. Pastu yang xtahan tu kene lak pukul.. Kan da x sedap tu. Elok2 manis- manis rambutan terus jadi pahit peria. Padan la dengan muka hang.. Nak kutuk pun berpada-pada la...tengok kiri kanan..Perasaan kita pastinya sangat sedih time2 camni. Disebabkan seronok sangat mengutuk orang, endingnya kita sedih dan sakit hati kene pukul. Tapi apa yang patut kita buat? Menyimpan dendam atau menilai diri sendiri dan memaafkan orang tersebut?
Maka kite sebagai manusia yang berakal perlulah mengubah diri kita ke arah yang lebih baik supaya xkene pukul lagi. Bak kata pepatah, Life is a Lesson. Tapi xkesah laa.. Yang penting, pahit itu boleh dijadikan penawar kepada tabiat mengutuk orang yang manis itu. Mungkin la kite akan kene pulau oleh rakan2 sebaya barang sepurnama atau dua purnama. Tapi janganlah kite berputus asa utk membuktikan bahawa kita sudah berubah. Pikatlah hati mereka. Dalam masa yang sama muhasabah la diri supaya kita sentiasa sedar akan perlakuan kita sehari- hari. Yang penting, perasaan kita haruslah stabil dalam menerima kenyataan yang pahit itu.
Pengalaman kita bergaul dengan manusia akan mengajar kite banyak ilmu yang berharga. Bersembanglah dengan orang tua kerana asam garam kehidupan telah mereka rasa terlebih dahulu dari kite. Tapi golongan sebaya dan yang lebih muda jangan pula dilupa. Supaya kita kenal dengan ragam manusia yang pelbagai dan dijadikan skema untuk bergaul secara sihat.
Selain itu, janganlah kite membawa perangai gangster kampung ke tempat orang. Mungkin kita fikir dengan membuat lagak samseng orang akan menghormati kita.. Oh sayang seribu kali sayang. Cetek sungguh pemikiran sarip dol. kita bangga dengan kegangsteran kita tapi sedarlah bahawa segangster manapun kita, pasti ada orang yang lebih gangster drpd kite.
30.5.11
22.5.11
TechDeath: Necrophagist
Nama band: Necrophagist
Genre: Technical Death Metal, Neo Classical Metal
Asal: Germany
Lineup:
Muhammed Suicmez- vocals, lead guitar
Stephen Fimmers- Bass
Romain Goulon- drum
Sami Raatikainen- Rythm& lead guitar
Necrophagist, satu band yang mungkin tidak asing bagi peminat muzik death metal namun tidak bagi kebanyakan masyarakat kita yang lebih meminati muzik arus perdana yang ringan dan relax. Band yang berasal dari jerman ini ditubuhkan oleh Muhammed Suicmez vokalis dan gitaris berdarah turki-jerman. Meh kite layan lagu yg btajuk 'Only Ash Remains' ni sbg halwa telinga utk post kali ni..hehe.. \m/
Only Ash Remains- Hellfest 2010
Romain Goulon Drumming
20.5.11
Laugh la...laugh laaaaa....woii...
A man who knows the price of everything and the value of nothing..
Have you ever feel someone laughing at you when you do something? Or maybe laughing at the way you talk, walk or even your physical features? Hmm... I bet everyone knows how it feel knowing that they becomes the subject of the topic.
I am not really a type of person that used to judge people around and complaining about every single thing. I am not telling that I have never complained before(because I am complaining now and I myself sometimes talk bad about other people) but people around me made it as a habit and seriously, I am very disgusted at it.
This is not about a cynic but a lottttt of cynicsssss...
To those who ate the chillies....Remember,
* To laugh at other's flaw does not make you look cool.
* No ones perfect.
* Do not think that you are the only one who have mouth to talk and laugh.
15.5.11
teachers..
salam
Berjanggut nak tggu mood mengupdate belok datang disebabkan mood tersebut memang payah singgah di fikiran seorang intelektual yang seringkali pening berfikir bagaimana untuk mengumpul duit sebanyak 25k utk membeli kereta kegemaran dengan hanya bergantung kepada subsidi dan insentif yang diberikan oleh pama.
hari ini 15 mei 2011...hari yang mungkin memberi makna kepada sesetengah orang kerana esoknya ialah hari guru. 16 Mei setiap tahun ialah hari yang diperuntukkan untuk mengiktiraf jasa2 guru2 yang telah bertungkus lumus membanting tulang mendidik anak2 orang lain supaya menjadi pandai. Maka saya ingin mengucapkan selamat hari guru la kepada guru2 yang pernah mendidik saya selama ni walaupun kemungkinan mereka membaca belok ini amatlah tipis sekali. Kalau ada pun mungkin desebabkan mereka ingin memantau belok2 yang ditulis oleh insan2 bawahan yang sering dilihat sebagai pemberontak ini. Bukan apa.. Ini semua atas nama menaikkan mutu pendidikan negara...kahkahkah
Bila bercakap pasal PANDAI, perkara ini ialah sesuatu yang subjektif. Semua manusia pandai dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Ada yang pandai bercakap..ada yang pandai menulis..ada yang pandai mengira dan sebagainya. Ada juga manusia yang pandai memutar belit, pandai mengambil kesempatan, pandai menipu, pandai mengemas rumah dan pandai membaiki kereta. Namun malangnya, dunia masa kini telah merubah kesubjektifan maksud perkataan tersebut kepada sesuatu yang objektif. Manusia zaman sekarang giat melihat dan menilai kepandaian seseorang melalui pencapaian dalam peperiksaan sahaja.
contohnye:
"Kau nak jadi ape ni Leman?cube kau tengok anak makcik sebelah ni. SPM die straight A kau tau? Yang kau ni dari minggu lepas mak tgk asyik dengan dota kau saje. Kau nak jadi ape ha? kau nak jadi pemain dota professional?? kalau kau dah pro sangat marilah kita berentap."
Sekarang mari kita fikir sejenak. Zaman nak kiamat ni macam2 boleh berlaku tau makcik. Sedangkan semut yang kecil itu yang lemah lembut itu manusia boleh jadikan sbg penggusti tersohor, inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran. Fine, kalau die pandai bermain game, makcik boleh suruh dia bukak cybercafe. Nak bukak cybercafe skrg xde la mahal sangat makcik. Cukup sekadar bermodalkan beras segantang dan ayam hitam seekor, beliau mampu menjalankan perniagaan secara kecil kecilan. Cuba makcik bayangkan kalau la kepala otak anak makcik ni sebijik macam mat jenin. Tentu 10 tahun akan datang, makcik akan memandu Lamborghini Murcielago LP640 sebagai kenderaan ke pasar. Riuh sekampung melihat makcik memandu lamborghini ke pasar seakan2 menganjing mereka yang kebanyakannya berpendapatan biasa2 dan hanya mampu membayar muka kereta kancil mereka, itupun dengan bantuan kewangan dari bank.
Bila bercakap pasal lamborghini, teringat pula game kegemaran, need 4 speed..game ni memang terbaik kerana mampu memberikan angan2 yang cemerlang untuk memiliki sebuah kereta sport. Maka game ini mampu memberikan motivasi kepada anak2 untuk berusaha dengan lebih gigih supaya mereka mampu membayar duit kereta idaman setiap bulan tanpa memikirkan risiko kereta ditarik oleh geng2 mail lambung.
berbalik kepada topik guru...mengapa ada ramai insan yang suka mengambil kesempatan terhadap kesilapan guru2. sikit2 nak pangkah cikgu. sikit2 nak saman.. bawak2 berbincang la kome2 sekalian. apa kau ingat dengan menyaman guru tersebut maka hal dapat diselesaikan? Jangan main2 dengan komuniti guru. Agaknye korang jeles sebab perkerjaan korang xde disambut macam hari guru kan?? Mane ade org sambut hari engineer. Mane ade org sambut hari arkitek. Kalau ade pun ak xtaula mungkin sebab xfemes. Lagi satu, kalau anak xpandai, kenapa nak salahkan guru jugak??? sebelum salahkan guru, baik ko check balik ape yg ko bg anak ko makan? halal ke x? ko bg tumpuan x kat anak2 ko? ataupun dna anak ko tu cukup x kromosom die? ke terlebih??
jangan nak salahkan cikgu pulak kalau anak xpandai...
Maka selamat menyambut hari guru kepada guru2 di seluruh Malaysia..sebagai penutup, marilah kita bersama2 menyanyikan lagu Guru Malaysia secara berjemaah..Mana2 yang terasa hati saya mintak maaf banyak2. jangan saman pulak ye..ok..jom nyanyi..
1,2,3...
Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin, putera puteri negara kita,
Pada seri paduka, kami tumpahkan setia,
Rukun negara kita, panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan, kami tetap bersama,
Membantu, membina, negara yang tercinta,
Amanah yang diberi, Kami x persiakan,
Apa yang kami janji,
tunai tetap kami tunaikan... Tunai tetap kami tunaikannnnnnnnn.......!!!!!!!!!!!!!!
cewah..bersemangat pulak.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)