Berjanggut nak tggu mood mengupdate belok datang disebabkan mood tersebut memang payah singgah di fikiran seorang intelektual yang seringkali pening berfikir bagaimana untuk mengumpul duit sebanyak 25k utk membeli kereta kegemaran dengan hanya bergantung kepada subsidi dan insentif yang diberikan oleh pama.
hari ini 15 mei 2011...hari yang mungkin memberi makna kepada sesetengah orang kerana esoknya ialah hari guru. 16 Mei setiap tahun ialah hari yang diperuntukkan untuk mengiktiraf jasa2 guru2 yang telah bertungkus lumus membanting tulang mendidik anak2 orang lain supaya menjadi pandai. Maka saya ingin mengucapkan selamat hari guru la kepada guru2 yang pernah mendidik saya selama ni walaupun kemungkinan mereka membaca belok ini amatlah tipis sekali. Kalau ada pun mungkin desebabkan mereka ingin memantau belok2 yang ditulis oleh insan2 bawahan yang sering dilihat sebagai pemberontak ini. Bukan apa.. Ini semua atas nama menaikkan mutu pendidikan negara...kahkahkah
Bila bercakap pasal PANDAI, perkara ini ialah sesuatu yang subjektif. Semua manusia pandai dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Ada yang pandai bercakap..ada yang pandai menulis..ada yang pandai mengira dan sebagainya. Ada juga manusia yang pandai memutar belit, pandai mengambil kesempatan, pandai menipu, pandai mengemas rumah dan pandai membaiki kereta. Namun malangnya, dunia masa kini telah merubah kesubjektifan maksud perkataan tersebut kepada sesuatu yang objektif. Manusia zaman sekarang giat melihat dan menilai kepandaian seseorang melalui pencapaian dalam peperiksaan sahaja.
contohnye:
"Kau nak jadi ape ni Leman?cube kau tengok anak makcik sebelah ni. SPM die straight A kau tau? Yang kau ni dari minggu lepas mak tgk asyik dengan dota kau saje. Kau nak jadi ape ha? kau nak jadi pemain dota professional?? kalau kau dah pro sangat marilah kita berentap."
Sekarang mari kita fikir sejenak. Zaman nak kiamat ni macam2 boleh berlaku tau makcik. Sedangkan semut yang kecil itu yang lemah lembut itu manusia boleh jadikan sbg penggusti tersohor, inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran. Fine, kalau die pandai bermain game, makcik boleh suruh dia bukak cybercafe. Nak bukak cybercafe skrg xde la mahal sangat makcik. Cukup sekadar bermodalkan beras segantang dan ayam hitam seekor, beliau mampu menjalankan perniagaan secara kecil kecilan. Cuba makcik bayangkan kalau la kepala otak anak makcik ni sebijik macam mat jenin. Tentu 10 tahun akan datang, makcik akan memandu Lamborghini Murcielago LP640 sebagai kenderaan ke pasar. Riuh sekampung melihat makcik memandu lamborghini ke pasar seakan2 menganjing mereka yang kebanyakannya berpendapatan biasa2 dan hanya mampu membayar muka kereta kancil mereka, itupun dengan bantuan kewangan dari bank.
Bila bercakap pasal lamborghini, teringat pula game kegemaran, need 4 speed..game ni memang terbaik kerana mampu memberikan angan2 yang cemerlang untuk memiliki sebuah kereta sport. Maka game ini mampu memberikan motivasi kepada anak2 untuk berusaha dengan lebih gigih supaya mereka mampu membayar duit kereta idaman setiap bulan tanpa memikirkan risiko kereta ditarik oleh geng2 mail lambung.
berbalik kepada topik guru...mengapa ada ramai insan yang suka mengambil kesempatan terhadap kesilapan guru2. sikit2 nak pangkah cikgu. sikit2 nak saman.. bawak2 berbincang la kome2 sekalian. apa kau ingat dengan menyaman guru tersebut maka hal dapat diselesaikan? Jangan main2 dengan komuniti guru. Agaknye korang jeles sebab perkerjaan korang xde disambut macam hari guru kan?? Mane ade org sambut hari engineer. Mane ade org sambut hari arkitek. Kalau ade pun ak xtaula mungkin sebab xfemes. Lagi satu, kalau anak xpandai, kenapa nak salahkan guru jugak??? sebelum salahkan guru, baik ko check balik ape yg ko bg anak ko makan? halal ke x? ko bg tumpuan x kat anak2 ko? ataupun dna anak ko tu cukup x kromosom die? ke terlebih??
jangan nak salahkan cikgu pulak kalau anak xpandai...
Maka selamat menyambut hari guru kepada guru2 di seluruh Malaysia..sebagai penutup, marilah kita bersama2 menyanyikan lagu Guru Malaysia secara berjemaah..Mana2 yang terasa hati saya mintak maaf banyak2. jangan saman pulak ye..ok..jom nyanyi..
1,2,3...
Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin, putera puteri negara kita,
Pada seri paduka, kami tumpahkan setia,
Rukun negara kita, panduan hidup kami semua,
Di bidang pembangunan, kami tetap bersama,
Membantu, membina, negara yang tercinta,
Amanah yang diberi, Kami x persiakan,
Apa yang kami janji,
tunai tetap kami tunaikan... Tunai tetap kami tunaikannnnnnnnn.......!!!!!!!!!!!!!!
cewah..bersemangat pulak.. :)
No comments:
Post a Comment