14.10.11

Setitp harapan.

Lama sudah  tidak ku bertandang di medan sepi ini..
Banyak yang ingin ku carigali..
Namun, ianya sudah termendap di dasar hati..
Biarlah ku ke tepi...
Menyingkir diri..

Sungguh hebat perancangan manusia..
Namun manakan sama dengan percaturan yang maha esa..
Mungkin ada hikmahnya..
Yang tersembunyi dimana-mana..

Kali terakhir ku jejakkan kaki disini..
Tidak bererti aku tidak akan kembali..

Moga dipermudahkan Ilahi.

30.5.11

Ape bende ni syal?

       Perasaan manusia susah untuk dijelaskan dengan kata-kata. Kadang- kadang kite suka. Kadang-kadang kite sedih. Kadang-kadang kite marah. Bila kita suka dan gembira, terasa segala benda yang sukar boleh kita selesaikan. Bila kita sedih dan marah, nak pergi berak pun bagaikan berenang di lautan api. Mungkin xde la sampai postpone berak esok tapi nak menggambarkan betapa xde moodnye nak buat ape2 pn kalau sedih dan marah.

Aku marah sangat2 bila fikir ape yang orang pernah buat pada aku. Tapi itu sume lumrah kehidupan la kan. Biase la kalau kene pukul ke, kene kencing dgn member, kutuk mengutuk, memerli sesama insan, menganjing dan sebagainya. Kalau kita xpernah berhadapan dengan situasi tersebut, maka hidup ini bolehlah dikategorikan sebagai hidup yang tawar tidak berperisa. Yang mana kita pilih? Itu terpulang. Yang penting pilihan itu yang akan menyuluh jalan ke arah kehidupan yang lebih sihat.

Aku nak korang bayangkan camni..

Bayangkan yang kita ada habit suka mengutuk insan lain. Kite kutuk kasi kaw2 punye sebab best kot kutuk orang ni. Orang tu pakai kete kancil kite kutuk.. Orang tu main ragbi xhebat mane kite kutuk. Orang tu pakai serban kite kutuk. Sembang lebat punye lebat sampaikan orang yang kene kutuk joined the conversation pun kite xpasan. Begitulah hebatnya penangan keseronokan mengutuk orang. Tapi kutukan kita yang x berpada-pada tu satu hari mengundang padah. Kite kantoi terkutuk orang yang kaw2 punye samseng. Pastu yang xtahan tu kene lak pukul.. Kan da x sedap tu. Elok2 manis- manis rambutan terus jadi pahit peria. Padan la dengan muka hang.. Nak kutuk pun berpada-pada la...tengok kiri kanan..Perasaan kita pastinya sangat sedih time2 camni. Disebabkan seronok sangat mengutuk orang, endingnya kita sedih dan sakit hati kene pukul. Tapi apa yang patut kita buat? Menyimpan dendam atau menilai diri sendiri dan memaafkan orang tersebut?

Maka kite sebagai manusia yang berakal perlulah mengubah diri kita ke arah yang lebih baik supaya xkene pukul lagi. Bak kata pepatah, Life is a Lesson. Tapi xkesah laa.. Yang penting, pahit itu boleh dijadikan penawar kepada tabiat mengutuk orang yang manis itu. Mungkin la kite akan kene pulau oleh rakan2 sebaya barang sepurnama atau dua purnama. Tapi janganlah kite berputus asa utk membuktikan bahawa kita sudah berubah. Pikatlah hati mereka. Dalam masa yang sama muhasabah la diri supaya kita sentiasa sedar akan perlakuan kita sehari- hari. Yang penting, perasaan kita haruslah stabil dalam menerima kenyataan yang pahit itu.

Pengalaman kita bergaul dengan manusia akan mengajar kite banyak ilmu yang berharga. Bersembanglah dengan orang tua kerana asam garam kehidupan telah mereka rasa terlebih dahulu dari kite. Tapi golongan sebaya dan yang lebih muda jangan pula dilupa. Supaya kita kenal dengan ragam manusia yang pelbagai dan dijadikan skema untuk bergaul secara sihat.

Selain itu, janganlah kite membawa perangai gangster kampung ke tempat orang. Mungkin kita fikir dengan membuat lagak samseng orang akan menghormati kita.. Oh sayang seribu kali sayang. Cetek sungguh pemikiran sarip dol. kita bangga dengan kegangsteran kita tapi sedarlah bahawa segangster manapun kita, pasti ada orang yang lebih gangster drpd kite.

22.5.11

TechDeath: Necrophagist






Nama band: Necrophagist
Genre: Technical Death Metal, Neo Classical Metal
Asal: Germany
Lineup:
 Muhammed Suicmez- vocals, lead guitar
Stephen Fimmers- Bass
Romain Goulon- drum
Sami Raatikainen- Rythm& lead guitar


Necrophagist,  satu band yang mungkin tidak asing bagi peminat muzik death metal namun tidak bagi kebanyakan masyarakat kita yang lebih meminati muzik arus perdana yang ringan dan relax. Band yang berasal dari jerman ini ditubuhkan oleh Muhammed Suicmez vokalis dan gitaris berdarah turki-jerman. Meh kite layan lagu yg btajuk 'Only Ash Remains' ni sbg halwa telinga utk post kali ni..hehe.. \m/





Only Ash Remains- Hellfest 2010



Romain Goulon Drumming

20.5.11

Laugh la...laugh laaaaa....woii...

A man who knows the price of everything and the value of nothing..

Have you ever feel someone laughing at you when you do something? Or maybe laughing at the way you talk, walk or even your physical features? Hmm... I bet everyone knows how it feel knowing that they becomes the subject of the topic.

I am not really a type of person that used to judge people around and complaining about every single thing. I am not telling that I have never complained before(because I am complaining now and I myself sometimes talk bad about other people) but people around me made it as a habit and seriously, I am very disgusted at it. 


 This is not about a cynic but a lottttt of cynicsssss... 

To those who ate the chillies....Remember,

* To laugh at other's flaw does not make you look cool. 
* No ones perfect.
* Do not think that you are the only one who have mouth to talk and laugh.





15.5.11

teachers..

salam

         Berjanggut nak tggu mood mengupdate belok datang disebabkan mood tersebut memang payah singgah di fikiran seorang intelektual yang seringkali pening berfikir bagaimana untuk mengumpul duit sebanyak 25k utk membeli kereta kegemaran dengan hanya bergantung kepada subsidi dan insentif yang diberikan oleh pama.

hari ini 15 mei 2011...hari yang mungkin memberi makna kepada sesetengah orang kerana esoknya ialah hari guru. 16 Mei setiap tahun ialah hari yang diperuntukkan untuk mengiktiraf jasa2 guru2 yang telah bertungkus lumus membanting tulang mendidik anak2 orang lain supaya menjadi pandai. Maka saya ingin mengucapkan selamat hari guru la kepada guru2 yang pernah mendidik saya selama ni walaupun kemungkinan mereka membaca belok ini amatlah tipis sekali. Kalau ada pun mungkin desebabkan mereka ingin memantau belok2 yang ditulis oleh insan2 bawahan yang sering dilihat sebagai pemberontak ini. Bukan apa.. Ini semua atas nama menaikkan mutu pendidikan negara...kahkahkah

Bila bercakap pasal PANDAI, perkara ini ialah sesuatu yang subjektif. Semua manusia pandai dan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2. Ada yang pandai bercakap..ada yang pandai menulis..ada yang pandai mengira dan sebagainya. Ada juga manusia yang pandai memutar belit, pandai mengambil kesempatan, pandai menipu, pandai mengemas rumah dan pandai membaiki kereta. Namun malangnya, dunia masa kini telah merubah kesubjektifan maksud perkataan tersebut kepada sesuatu yang objektif. Manusia zaman sekarang giat melihat dan menilai kepandaian seseorang melalui pencapaian dalam peperiksaan sahaja. 
contohnye:

"Kau nak jadi ape ni Leman?cube kau tengok anak makcik sebelah ni. SPM die straight A kau tau? Yang kau ni dari minggu lepas mak tgk asyik dengan dota kau saje. Kau nak jadi ape ha? kau nak jadi pemain dota professional?? kalau kau dah pro sangat marilah kita berentap."

Sekarang mari kita fikir sejenak. Zaman nak kiamat ni macam2 boleh berlaku tau makcik. Sedangkan semut yang kecil itu yang lemah lembut itu manusia boleh jadikan sbg penggusti tersohor, inikan pula manusia yang dikurniakan akal fikiran. Fine, kalau die pandai bermain game, makcik boleh suruh dia bukak cybercafe. Nak bukak cybercafe skrg xde la mahal sangat makcik. Cukup sekadar bermodalkan beras segantang dan ayam hitam seekor, beliau mampu menjalankan perniagaan secara kecil kecilan. Cuba makcik bayangkan kalau la kepala otak anak makcik ni sebijik macam mat jenin. Tentu 10 tahun akan datang, makcik akan memandu Lamborghini Murcielago LP640 sebagai kenderaan ke pasar. Riuh sekampung melihat makcik memandu lamborghini ke pasar seakan2 menganjing mereka yang kebanyakannya berpendapatan biasa2 dan hanya mampu membayar muka kereta kancil mereka, itupun dengan bantuan kewangan dari bank.

Bila bercakap pasal lamborghini, teringat pula game kegemaran, need 4 speed..game ni memang terbaik kerana mampu memberikan angan2 yang cemerlang untuk memiliki sebuah kereta sport. Maka game ini mampu memberikan motivasi kepada anak2 untuk berusaha dengan lebih gigih supaya mereka mampu membayar duit kereta idaman setiap bulan tanpa memikirkan risiko kereta ditarik oleh geng2 mail lambung.

berbalik kepada topik guru...mengapa ada ramai insan yang suka mengambil kesempatan terhadap kesilapan guru2. sikit2 nak pangkah cikgu. sikit2 nak saman.. bawak2 berbincang la kome2 sekalian. apa kau ingat dengan menyaman guru tersebut maka hal dapat diselesaikan? Jangan main2 dengan komuniti guru. Agaknye korang jeles sebab perkerjaan korang xde disambut macam hari guru kan?? Mane ade org sambut hari engineer. Mane ade org sambut hari arkitek. Kalau ade pun ak xtaula mungkin sebab xfemes. Lagi satu, kalau anak xpandai, kenapa nak salahkan guru jugak??? sebelum salahkan guru, baik ko check balik ape yg ko bg anak ko makan? halal ke x? ko bg tumpuan x kat anak2 ko? ataupun dna anak ko tu cukup x kromosom die? ke terlebih??

 jangan nak salahkan cikgu pulak kalau anak xpandai...

Maka selamat menyambut hari guru kepada guru2 di seluruh Malaysia..sebagai penutup, marilah kita bersama2 menyanyikan lagu Guru Malaysia secara berjemaah..Mana2 yang terasa hati saya mintak maaf banyak2. jangan saman pulak ye..ok..jom nyanyi..

1,2,3...

Kami guru Malaysia, Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin, putera puteri negara kita,
Pada seri paduka, kami tumpahkan setia,
Rukun negara kita, panduan hidup kami semua,

Di bidang pembangunan, kami tetap bersama,
Membantu, membina, negara yang tercinta,
Amanah yang diberi, Kami x persiakan,
Apa yang kami janji,
 tunai tetap kami tunaikan... Tunai tetap kami tunaikannnnnnnnn.......!!!!!!!!!!!!!!

cewah..bersemangat pulak.. :)





18.4.11

kenapa malas pergi ke kelas???

Pkl 7.30 pagi...19hb April 2011

dunia yang gelap tiba2 jadi cerah...terasa singkat sungguh malam yang tuhan ciptakan untuk manusia berehat menenangkan fikiran setelah berhempas pulas menunaikan kewajipan seorang manusia pada hari sebelumnya...
subuh terkantoi....astaghfirullahalazim..

jiwa kacau...towel trus disambar n bilik air trus dituju disebabkan exam UAK  Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang akan start pada pkl 8.30 pagi...

TITAS bukanlah subjek yang diambil berat sangat bagi kebanyakan student disebabkan x wujudnye kepentingan   dari segi penyumbangan pointer di akhir sem. Malah lecturer titas sendiri pun malas nak masuk kelas. Kalau dah lecturer sendiri pun malas nak masuk kelas mengajar, apatah lagi kami sebagai student ni...kalau masuk pun setakat sembang psl 2-3 slide pastu rehat, baik kite rehat kaw-kaw kat bilik sambil baring2 di atas katil yang empuk sambil melayan lagu2 orkestra oleh malmsteen...kalau dah alang-alang xnak belajar dan mengajar lebih baik kita tidur disulami mimpi-mimpi indah demi melupakan kehidupan yang amat pelik dan jauh dari segi norma pembelajaran ni...

sedang berjalan ke arah bilik air, aku cuba menjenguk kawan-kawan di bilik mereka. Alangkah tekunnya masing-masing membaca dan menghafal nota-nota titas yang tidak lengkap dengan harapan soalan-soalan spot, atau lebih tepatnya soalan bocor akan masuk menjengah pemikiran mereka yang tidak penuh-penuh diisi dengan cairan tepu keemasan yang dipanggil ilmu pengetahuan.. Betapa ajaibnya otak manusia..ibarat lubang hitam yang menyerap segala macam benda tak kira planet dan asteroid. Namun otak lebih ajaib dari lubang hitam kerana seluruh alam semesta mampu diserap kedalamnya dan dicernakan sesuka hati oleh manusia dengan keizinan yang maha mengetahui....Persamaannya, benda-benda yang telah masuk itu tidak akan dapat keluar dan kebanyakannya sesat dalam keluasan otak dan lubang hitam yang memang teramat luas.

selepas selesai ujian subjek titas, kami dijadualkan untuk bertemu dengan seorang pakar dalam bidang bioteknologi yang telah diakui kepakarannya oleh panel-panel penilaian institut pendidikan guru yang diamanahkan untuk mengajar subjek biologi kepada kami. Namun aku memilih untuk mendiamkan diri di bilik kerana aku sudah tahu apa yang ingin diajarkan. Memang aku pandai membaca pemikiran orang. Sudah tentu hari ini kami akan dijamu dengan car-cara mebuat tempe, tapai, telur masin, menanam pokok jagung. Apa kau ingat ini kelas memasak??apa kau ingat ini kelas perkebunan? Ataupun kau memang ingin menghabiskan silibus yang baru secebis disentuh sepanjang separuh masa pertama bagi tahun 2011 ini? Aku minta maaf andai aku terkasar bahasa. Aku ini hanyalah pipit yang terbang rendah dicelah-celah dahan pokok. Mana mampu mencuit kaki sang helang yang terbang megah di angkasa raya. Andai dicuit, matilah aku dibaham sekawan helang yang ganas-ganas dan sentiasa laparkan daging segar.

biologi tu ok lagi rasenye...sori puan..

sakitnya jiwa. memikirkan apa yang akan terjadi andai aku ditekan sebegini sepanjang 7 semester yang masih berbaki. Ditekan dengan content- content kosong yang dihias agar nampak bermakna namun realitinya ia masih kosong.

           Betapa kucalana dan sakitnya hati lebih2 lagi bila memikirkan projek inovasi yang dihasilkan dengan peluh dan airmata sekadar dinilai dan dibalas dengan kritikan yang meruntuhkan semangat belajar. Memang aku bukan layak digelar seorang guru kerana aku hanyalah seorang pelajar yang belajar menjadi seorang guru. Namun apakah nilai yang cuba diterapkan andai seorang guru yang kompeten cuma sekadar mengajar ikut suka. Realitinya memang kebanyakan guru sekolah berpendapat bahawa apa yang diajarkan di maktab tidak pernah dan tidak akan digunakan di sekolah kecuali kemahiran copy and paste dan kemahiran menyusahkan diri sendiri. Oleh sebab itulah, kami diajarkan dengan cara-cara menyusahkan diri dengan bijak. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan? Aku tidak pernah faham karenah manusia seorang ni.



Memang aku pemalas. Memang aku seorang yang bodoh. Kerana aku datang kesini untuk belajar ilmu yang bakal aku gunakan semasa berkhidmat nanti. Tapi apa gunanya aku ke kelas jika kelas itu tidak pernah mengalu-alukan aku.?

Memang pelik..kenapa aku marah yang teramat kerana sebab yang dinyatakan di atas amatlah tidak munasabah kerana itu adalah perkara biasa dalam menimba ilmu pengetahuan. Bukan semua orang sempurna dan mampu memuaskan hati semua orang. Mengapa? Apa yang sudah terjadi?

Nak dipendekkan cerita camnilah.
Kerana desakan masa dan idea yang amat menekan, penghasilan projek inovasi telah disertakan dengan penggunaan ipod..ipod bukanlah barang yang murah..kerana tersilap mentafsir orang, aku dengan yakinnya berpendapat bahawa selepas dinilai dan diberi markah, barang berharga tersebut akan dipulangkan semula secepat mungkin. Apa yang bermain di fikiran aku? Aku sangatlah yakin aku akan diberi pengecualian. Malangnya aku x selalunya betul...menatang tersebut terpaksa dilepaskan. Kerana tugasan yang diberikan ats kumpulan aku terpaksa berkorban. Jika aku  dengan penuh sikap pentingkan diri sendiri menarik balik tugasan yang telah dihantar, 2 orang lagi akan merima telur ayam gred rendah sebagai markah penilaian. Aku tidak sanggup melibatkan kawan-kawan dalam hal ini.Maka aku dengan berat hati terpaksa melepaskan barang kesayangan itu. Atas nama pendidikan negara kononnya.


Mungkin ini kali terakhir ipod tersebut dapat ku tatap.





Maafkan aku andai aku tersilap. Aku hanya meluahkan apa yang terbuku. kerana aku adalah aku...xkan jadi kau...xkan jadi dia..dan sebab itu..aku malas ke kelas..!!!!!!!

10.4.11

KUCALANA ANGKARA ROBERT M. GAGNE

Hari ni kami ke kelas dengan penuh semangat. Lain macam sungguh semangatnye sebab banyak aisehmen dah dihantar on time. Klas 1st dimulakan dengan Bahasa Inggeris. Macam biasa la sbg ajk english yg bertanggungjawab, wa kena la ambik lcd kat unit audio visual utk memudahkan lecturer myampaikan kuliah. Maka klas pn blangsung la mcm biasa. Kami dijamu dengan topik narrative essay yang dah diulang bape kali ntah sejak foundation. Tp xpe sebab da memang ade dalam silibus. layankan ajela.........



lepas klas english pegi makan....nyam2..arini kafe ade serve nasik minyak....



pastu kelas biologi.. blaja..blaja..blaja...sambil makan jambu, buah markisa, walnut n bendi yg dibawa oleh lecturer bio...( what???mkn bendi????)

pukul 1 tengahari...nak balik dah ni...kemas2 barang..suddenly..

K.U kami yg ceria orangnye...

K.U:  Assalamualaikum, pasni sume tggu eh..lecturer pedagogos nak jumpe sume org....
bebudak klas: aduhhh...nak ape lg???
K.U: ntah.....

sume tertanye2 nape la lecturer pedagogos nak jumpe sume org...die nak benti keje dah ke?? ataupun die nak amik cuti bersalin? xpon nak ganti klas?wallahualam...so kami tggu jela kedatangan die....

Masuk je lecturer kesayangan kami ni dalam klas die pn start sembang psl projek inovasi kami yg xde kene mgena dgn die....sbb klas kitorg under lec laen...so mcm pelik gak r...lepas bebrapa ketika, prasaan nak blk tido tu dah semakin kuat, suddenly lg skali..

"Pasni sy bg balik esaimen yg kamu buat n sy nak kamu buat skali lagi!!". kata lecturer..

wadehek??

siyesly mmg kitorg xtau camne nak wat, ape yg die nak, tp rasenye kebanyakan org dapat wat dengan tepat dan menjawab kehendak soalan yg diberikan dalam hand out yg beliau bagi. Dalam soalan tu dengan jelas menyebut " Rancangkan 2 hands on activity yg berkaitan dengan prinsip pembelajaran masteri oleh Gagne dan sediakan laporan bertulis sebanyak 800 patah perkataan. Sikit je kan???hehe..sikit tapi pening wooo...kami ni bukan la org berotak falsafah...

Tp rupenye pas die brief blk ttg ape yg die nak, rupenye esaimen tu agak senang laaaaa.....senang sangat sampai kami jd x paham ( klu korang boleh memahami bahasa seorang individu pakar kimia yg mengajar subjek pendidikan sains kanak- kanak dengan tepat dan menjelaskannya semula kepada kami, kami sekelas berpakat utk bg duet skeleng 2 riyal wat basuh baju kpd korang)



meh la kite tgk sedikit sebanyak ttg Robert M. Gagne ni n pandangannya tentang pembelajaran manusia...




Robert M. Gagne (21 Ogos 1916 – 28 April 2002)
Robert Gagne dilahirkan pada tahun 1916 di North Andover, Massachuset. Beliau menerima Artium Baccalaureus (A.B) dari Universiti Yale pada tahun 1937 dan kemudian menerima Ph.D dalam bidang Psikologi pada tahun 1940 dari Universiti Brown. Beliau kemudian mengajar di Connecticut College for Women dari tahun 1940-1949 dan kemudian di Universiti Penn State dari tahun 1945-1946. Pada tahun 1949 hingga 1958, beliau telah menjadi pengarah di makmal ‘perceptual and motor skills’ milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Semasa beliau berkhidmat di sini, beliau mula membangunkan ideanya yang mengetengahkan teori pembelajaran yang dikenali sebagai “ Condition of Learning”.
Apakah pembelajaran dari sudut pandangan Gagne?
1.      Pembelajaran adalah kumulatif. Perkembangan intelektual individu adalah pembinaan kepada struktur kompleks kemampuan manusia.
2.      Pembelajaran adalah mekanisma untuk seseorang menjadi ahli masyarakat yang berfungsi secara kompeten.
3.      Pembelajaran menghasilkan perangai dan sikap manusia yang berbeza.

Taksonomi dari Kemampuan Belajar Manusia
Gagne mengenalpasti 5 kategori utama dalam pembelajaran: Verbal information (maklumat berbahasa), intellectual skills (kemahiran intelek), cognitive strategies (strategi kognitif), motor skills (kemahiran motor) dan attitudes (sikap).

Jenis Kemampuan Manusia
Syarat
Prinsip
Verbal Information  
(maklumat berbahasa)
Menggunakan semula maklumat yang telah disimpan. Murid  harus mempunyai pengetahuan sedia ada dan strategi untuk memproses maklumat baru.
  • Menyediakan maklumat yang bermakna supaya murid dapat mengekod maklumat.
  • Menghuraikan maklumat tentang apa yang ingin dipelajari.
  • Susun maklumat.
Intellectual Skills (kemahiran intelektual)
Melibatkan kemampuan seseorang untuk berinteraksi dalam lingkungannya melalui penggunaan lambang. Kemahiran tersebut meliputi:
·         Diskriminasi
·         Konsep konkrit
·         Defined Concept
·         Rule
·         Higher-order rule
  • Menyediakan maklumat konkrit yang pelbagai.
  • Menyediakan peluang untuk berinteraksi dengan contoh dalam cara yang berbeza.
  • Bawa murid ke situasi yang baru dan tahap yang lebih tinggi.
Cognitive Strategies (strategi kognitif)
Proses dalaman dimana murid merancang, mengawal dan memerhati caranya berfikir
  • Jika tugasan spesifik, terangkan strategi, jika tugasan secara umum, buat demonstrasi strategi..
  • Beri peluang latihan strategi yang spesifik dengan sokongan dan
Attitude (sikap)
Situasi dalaman,kecenderungan yang memberi kesan kepada tindakan pilihan  individu.
  • Menyediakan model yang menetapkan sikap positif dan teguhkan model tersebut
  • Berikan peneguhan.
Motor Skills (kemahiran motor)
Kebolehan untuk melakukan siri pergerakan fizikal yang melibatkan 3 peringkat:
·         Belajar sequen pergerakan
·         Latih pergerakan
·         Betulkan pergerakan dengan maklumbalas daripada orang sekeliling.
  • Mewujudkan rutin dan menyediakan pengulangan mental
  • Susun bebrapa pengulangan kemahiran dengan maklumbalas yang betul

 ni aku translate sendiri ni...kalo salah tu jangan la gelak...betulkan la ye...

setakat ni jela kot utk arini...
till then, cau



Sejarah IPGM Kampus Dato' Razali Ismail

Salam..
(Entry ini ditulis bagi mengingati sejarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail)

Banyak sesangat keje minggu ni...abes satu keje dtg lapan keje sekaligus...baru je siap pembelajaran sains kanak-kanak, kene wat falsafah pendidikan plop....tp sebagai seorang manusia beragama islam, x baek la klu kite nak merungut2 kan? Hehehe..poyo x??

Nak dijadikan cite, tengah2 surf n search mencari pasal tokoh pendidikan di Negara Malaysia kita yg tercinta ini, sy terjumpe link psl sejarah maktab batu rakit nih...bace punye bace...hmmm...mcm menarik gak kan klu copy paste masuk dlm blog ni... maka kepada kwn2 semaktabku, meh la bace2 mende nih...tambah pengetahuan am...


pemandangan dari traffic light..
 depan pejabat...
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail adalah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dikhususkan untuk melatih guru-guru seluruh Malaysia. Nama Institusi ini telah ditukar berikutan keputusan Kementerian Pelajaran meluluskan permohonan institusi ini yang mahu mengabadikan nama mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Dato' Razali Ismail  yang meninggal dunia pada 28 November lalu sebagai mengenang jasanya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
IPG Kampus Dato' Razali Ismail lahir setelah proses menaik taraf daripada maktab kepada institut dilaksanakan pada bulan April 2006 setelah dipersetujui oleh Kabinet Malaysia.

IPG Kampus Dato' Razali Ismail didirikan di atas kawasan seluas 64.192 ekar. Terletak kira-kira 25 kilometer ke utara bandar Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu. Bertempat di kawasan Wakaf Tengah, mukim Batu Rakit dahulunya merupakan kawasan paya yang diselang-seli dengan tanah rendah yang ditumbuhi oleh anak-anak kayu.
Kawasan ini dipersetujui dan diterima untuk dijadikan tapak institusi ini oleh pihak-pihak yang berkenaan yang ketika itu Terengganu adalah di bawah pentadbiran Menteri Besar Allahyarham Datuk Ibrahim Fikri. Pampasan dibayar kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah.
Institut ini mula dibina pada tahun 1977 dan siap pada bulan Oktober 1980 di bawah rancangan pinjaman Bank Dunia dengan perbelanjaan keseluruhannya pada peringkat awal berjumlah $9.223 juta. Institut ini menduduki tempat kedua puluh enam dalam senarai Institut Pendidikan Guru di negara ini.
Institusi ini adalah IPG berasrama penuh yang dilengkapkan dengan kemudahan asas yang moden. Sistem pentadbiran institut ini bermula pada bulan Oktober 1980. Manakala pengambilan guru pelatih kumpulan pertama bagi sesi 1981/1983 bermula pada 4hb Mei 1981.
Mereka menjalankan kursus selama tiga tahun. Guru pelatih ini menjadi perintis berjumlah 189 orang yang menjalankan kursus perguruan asas tiga tahun. Mereka ditempatkan di asrama lelaki dan perempuan yang dapat menampung seramai 720 orang guru pelatih.
Lima orang pensyarah perintis memulakan khidmat mereka sejak awal bulan Januari 1981 dan di tempatkan buat sementara waktu di Institut Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu hingga akhir Februari 1981 sebelum berpindah ke IPKT Batu Rakit.
Urusan pentadbiran institut yang bermula pada Oktober, 1981 telah diuruskan oleh pegawai dan kakitangan MPPPKT. Pada bulan April 1982 dijalankan sepenuhnya oleh kakitangan IPKT yang berjumlah seramai 127 orang.

hmmm....mungkin ada dalam kalangan kite2 ni yang fikir maktab kite ni cikai, x best, paling teruk dalam dunia, n sebagainya...tp bagi ak, maktab ni adalah rumah bagi ak...tempat yg paling selesa, yg paling best...sbb kat sini ak ade bilik n katil sendiri...hehe..

wallahualam..
till then, cau..

Dengki itu sungguh bahaya..bahaya sungguh dengki itu...

Bismillahirrahmanirrahim....

Dan dari kejahatan pendengki apabila ia mendengki... al-falaq (5)

Hasad dengki ialah perasaan cemburu insan terhadap sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT terhadap insan yang lain. Mereka yang mendengki selalunya akan mengharapkan supaya nikmat yang diberikan kepada orang yang didengki musnah. Maka, selalunya mereka akan melakukan pelbagai cara supaya orang yang mendapat nikmat itu kehilangan nikmat tersebut atau lebih teruk lagi kehilangan segala-galanya.

Lepas baca statement kat ats ni..meh la kite muhasabah diri adakah kite tgolong dalam golongan orang yang pendengki ni? Adakah kite merasa x senang bila lihat kebahagiaan atau kesenangan orang laen??Jika ya maka renungkanlah hadis ni..

"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)

okeh..skrg masa utk demo..
 1. ambil kayu kering  berukuran 2cm lebar 20cm panjang..
 2. amik api
 3. kite bakor...!!!!

Buat pemerhatian. Kemudian catatkan hasil pemerhatian berdasarkan soalan2 berikut.
 1. Apakah warna kayu selepas ianya terbakar hangus?
 2. Adakah kayu tersebut rapuh?
 3. Adakah anda nak jadi mcm kayu api tersebut?
 4. Adakah arang baik utk kesihatan?

Okeh...sekarang kite sume dah tau yang kayu api tersebut akan hangus terbakar menjadi arang.. Persoalannya, adakah kita nak amalan kita terbakar dan hancur seperti kayu api yg terbakar sebentar tadi? Mesti la xnak kan??kan??kan??hmmm....

Banayk sebenarnya yg boleh kite sembangkan psl topik hasad dengki ni...kdg2 sampaikan kite sendiri pn jadi takut bile dapat bende2 yg best2 takut2 ade org dengki lak dgn kitekan??ish3x...

take note ye manusia2 sekelian....!!!!

Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.
Natijah buruk ini diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya, mafhumnya:


“Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai enam golongan yang akan ditempatkan ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. menjawab: Enam golongan orang yang akan dimasukkan ke dalam neraka ialah pemerintah yang menganiaya, orang Arab dengan sifatnya yang fanatic, penjajah dengan keangkuhan mereka, usahawan dengan perbuatan khianat, orang kampung dengan kebodohan mereka dan ulama dengan sifat dengki mereka.”


so...baca dan renungkanlah..adakah kite tergolong dalam golongan yg dimaksudkan di atas??? mintak2 la x ye...
wallahualam..

till then..babai..