10.4.11

KUCALANA ANGKARA ROBERT M. GAGNE

Hari ni kami ke kelas dengan penuh semangat. Lain macam sungguh semangatnye sebab banyak aisehmen dah dihantar on time. Klas 1st dimulakan dengan Bahasa Inggeris. Macam biasa la sbg ajk english yg bertanggungjawab, wa kena la ambik lcd kat unit audio visual utk memudahkan lecturer myampaikan kuliah. Maka klas pn blangsung la mcm biasa. Kami dijamu dengan topik narrative essay yang dah diulang bape kali ntah sejak foundation. Tp xpe sebab da memang ade dalam silibus. layankan ajela.........



lepas klas english pegi makan....nyam2..arini kafe ade serve nasik minyak....



pastu kelas biologi.. blaja..blaja..blaja...sambil makan jambu, buah markisa, walnut n bendi yg dibawa oleh lecturer bio...( what???mkn bendi????)

pukul 1 tengahari...nak balik dah ni...kemas2 barang..suddenly..

K.U kami yg ceria orangnye...

K.U:  Assalamualaikum, pasni sume tggu eh..lecturer pedagogos nak jumpe sume org....
bebudak klas: aduhhh...nak ape lg???
K.U: ntah.....

sume tertanye2 nape la lecturer pedagogos nak jumpe sume org...die nak benti keje dah ke?? ataupun die nak amik cuti bersalin? xpon nak ganti klas?wallahualam...so kami tggu jela kedatangan die....

Masuk je lecturer kesayangan kami ni dalam klas die pn start sembang psl projek inovasi kami yg xde kene mgena dgn die....sbb klas kitorg under lec laen...so mcm pelik gak r...lepas bebrapa ketika, prasaan nak blk tido tu dah semakin kuat, suddenly lg skali..

"Pasni sy bg balik esaimen yg kamu buat n sy nak kamu buat skali lagi!!". kata lecturer..

wadehek??

siyesly mmg kitorg xtau camne nak wat, ape yg die nak, tp rasenye kebanyakan org dapat wat dengan tepat dan menjawab kehendak soalan yg diberikan dalam hand out yg beliau bagi. Dalam soalan tu dengan jelas menyebut " Rancangkan 2 hands on activity yg berkaitan dengan prinsip pembelajaran masteri oleh Gagne dan sediakan laporan bertulis sebanyak 800 patah perkataan. Sikit je kan???hehe..sikit tapi pening wooo...kami ni bukan la org berotak falsafah...

Tp rupenye pas die brief blk ttg ape yg die nak, rupenye esaimen tu agak senang laaaaa.....senang sangat sampai kami jd x paham ( klu korang boleh memahami bahasa seorang individu pakar kimia yg mengajar subjek pendidikan sains kanak- kanak dengan tepat dan menjelaskannya semula kepada kami, kami sekelas berpakat utk bg duet skeleng 2 riyal wat basuh baju kpd korang)



meh la kite tgk sedikit sebanyak ttg Robert M. Gagne ni n pandangannya tentang pembelajaran manusia...




Robert M. Gagne (21 Ogos 1916 – 28 April 2002)
Robert Gagne dilahirkan pada tahun 1916 di North Andover, Massachuset. Beliau menerima Artium Baccalaureus (A.B) dari Universiti Yale pada tahun 1937 dan kemudian menerima Ph.D dalam bidang Psikologi pada tahun 1940 dari Universiti Brown. Beliau kemudian mengajar di Connecticut College for Women dari tahun 1940-1949 dan kemudian di Universiti Penn State dari tahun 1945-1946. Pada tahun 1949 hingga 1958, beliau telah menjadi pengarah di makmal ‘perceptual and motor skills’ milik Tentera Udara Amerika Syarikat. Semasa beliau berkhidmat di sini, beliau mula membangunkan ideanya yang mengetengahkan teori pembelajaran yang dikenali sebagai “ Condition of Learning”.
Apakah pembelajaran dari sudut pandangan Gagne?
1.      Pembelajaran adalah kumulatif. Perkembangan intelektual individu adalah pembinaan kepada struktur kompleks kemampuan manusia.
2.      Pembelajaran adalah mekanisma untuk seseorang menjadi ahli masyarakat yang berfungsi secara kompeten.
3.      Pembelajaran menghasilkan perangai dan sikap manusia yang berbeza.

Taksonomi dari Kemampuan Belajar Manusia
Gagne mengenalpasti 5 kategori utama dalam pembelajaran: Verbal information (maklumat berbahasa), intellectual skills (kemahiran intelek), cognitive strategies (strategi kognitif), motor skills (kemahiran motor) dan attitudes (sikap).

Jenis Kemampuan Manusia
Syarat
Prinsip
Verbal Information  
(maklumat berbahasa)
Menggunakan semula maklumat yang telah disimpan. Murid  harus mempunyai pengetahuan sedia ada dan strategi untuk memproses maklumat baru.
  • Menyediakan maklumat yang bermakna supaya murid dapat mengekod maklumat.
  • Menghuraikan maklumat tentang apa yang ingin dipelajari.
  • Susun maklumat.
Intellectual Skills (kemahiran intelektual)
Melibatkan kemampuan seseorang untuk berinteraksi dalam lingkungannya melalui penggunaan lambang. Kemahiran tersebut meliputi:
·         Diskriminasi
·         Konsep konkrit
·         Defined Concept
·         Rule
·         Higher-order rule
  • Menyediakan maklumat konkrit yang pelbagai.
  • Menyediakan peluang untuk berinteraksi dengan contoh dalam cara yang berbeza.
  • Bawa murid ke situasi yang baru dan tahap yang lebih tinggi.
Cognitive Strategies (strategi kognitif)
Proses dalaman dimana murid merancang, mengawal dan memerhati caranya berfikir
  • Jika tugasan spesifik, terangkan strategi, jika tugasan secara umum, buat demonstrasi strategi..
  • Beri peluang latihan strategi yang spesifik dengan sokongan dan
Attitude (sikap)
Situasi dalaman,kecenderungan yang memberi kesan kepada tindakan pilihan  individu.
  • Menyediakan model yang menetapkan sikap positif dan teguhkan model tersebut
  • Berikan peneguhan.
Motor Skills (kemahiran motor)
Kebolehan untuk melakukan siri pergerakan fizikal yang melibatkan 3 peringkat:
·         Belajar sequen pergerakan
·         Latih pergerakan
·         Betulkan pergerakan dengan maklumbalas daripada orang sekeliling.
  • Mewujudkan rutin dan menyediakan pengulangan mental
  • Susun bebrapa pengulangan kemahiran dengan maklumbalas yang betul

 ni aku translate sendiri ni...kalo salah tu jangan la gelak...betulkan la ye...

setakat ni jela kot utk arini...
till then, cau



4 comments:

  1. aku nk like ayat ko ni berjuta kali.
    "( klu korang boleh memahami bahasa seorang individu pakar kimia yg mengajar subjek pendidikan sains kanak- kanak dengan tepat dan menjelaskannya semula kepada kami, kami sekelas berpakat utk bg duet skeleng 2 riyal wat basuh baju kpd korang)"

    ReplyDelete
  2. mat,,terbaik! ak nk jadikan blog ko nie biblio ak nnti..

    ReplyDelete
  3. jangan....!!!!nt puan su pegi bukak blog ak nih....kantoi la ak..

    ReplyDelete